CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Rabu, 29 Jun 2011

Eye On Malaysia

Akhirnya dpt gak aku nek eye on malaysia..ingatkan dh hbs taun lepas tak sangka..disambung sampai taun nie..puas aku bertengkar ngan isma yang eye on dah hbs..tp bila sampai..hahaha ku kalah..tak pe isma nanti aku blanja mkn laksa..thanks sbb bw aku p sana..mula2 aku pk byk3 kali gak la nak nek..nampak mcm best..tp aku nie gayat sket..pas dh bli tiket..aku tekad gak la..mula2 masa dia pusing tu..aku dh mula tarik tangan isma..bukan pe..dia berhenti kat atas coz ambik org kat bawah..yg isma plak dok suh aku tgk kat bwh la..belakang la..mmg nak kena ar bdk tu..tp dh lepas 2-3 kali pusing aku dh rasa berani sket..bleh nak pandang sana sini tp nak pandang bawah msh tak bleh..dh lama aku tak nek bangunan tinggi..umah sewa aku pun aku dok tingkat 6 jer..so phm2 la.hahaha lucu pun ada waktu mlm mmg best bleh tak lampu2 kat kl..tp kalo p siang aku rasa lagi syok kot..nanti nak pegi lagi la…pas balik dr eye on malaysia..kami terus pegi putrajaya..bukan nya buat pe pun..pg ambik gambar jer..sampai penat posing..sampai tergeliat kaki aku..hahaha apa2 pun mmg best la..sampai kul 4 pg..masa lepak2 kat jmbatn putarajaya tu..ermmm best sgt..angin mlm..embun..sume aku rasa..slmt tak demam..kami balik pun sbb pakcik polis dok ronda2 pastu dia ckp "balik sume!!balik" hahaha..pe lagi..yag dok dating, merempit, race kete mlm tu sume chow..hahaha walaupun aku pnh keje kat sana dulu..tp aku jarang kuar…kwn2 aku sume kat kl kalo diaorg nak turun sana jarang la..so aku pun malas nak dok sana lama2..alhamdulillah ada rezeki kat kl..kat tmpat aku keje skrg..

February 24th, 2008 at 9:43 pm

Ayat-ayat Cinta


Jatuh cinta aku pada novel nie buat pertama kalinya..mula2 dulu aku rasa nie novel biasa jer..tp lepas housemate aku mengsyorkan aku baca novel ni…mmg best ar…kalo tak caya cuba cari….
tp skrg novel nie telah diadaptasi dalam bentuk filem..walaupun blum masuk malaysia..tp aku pasti ramai yang menantikannya..aku bukanlah pengkritik atau seorang daripada pengarah filem..tp aku suka menonton…harap2 filem ini memberi idea baru kepada pengiat filem tanah air..

Adakah layar kisahnya sehebat dalam novel atau
sebaliknya itu aku tak pasti..tp patut kita nilai kedua2nya.. Ayat2 cinta adalah filem islamic..bukan senang nak menikmati filem begini yang aku rasa sangat berbeza dengan filem yang ada dan telah ditayangkan dipawagam..


Kadang-kadang makin jemu dan meluat filem-filem sekarang.
Apa mereka fikir mentaliti semua rakyat Malaysia rendah gemarkan
lawak bodoh, hantu mambang, rempit dan drift. Tak semua ingin
diperbodohkan dengan begitu mudah.

Bahkan,
novel-novel beginilah yang berkualiti dan berestetika makna
tinggi berlambak-lambak sedia menanti masa diangkat martabatnya kerana sedikit sebanyak mampu menonjolkan wadah dakwah
yang luas untuk khalayak umum. Manfaatkan medium dan platform yang ada,
untuk menzahirkan kemurnian Islam kepada semua.
wassalam

February 12th, 2008 at 12:02 am

Satu Perubahan

Selamat tinggal tahun 2007, terlalu banyak yang aku lalui sepanjang tahun ini…segala pengalaman boleh menjadikan aku lebih matang untuk menjalani kehidupan ini…alhamdullilah.Terlalu banyak perkara2 menarik yang berlaku sepanjang tahun ini walaupun kadang-kala ada juga pengalaman pahit tapi itulah realiti kehidupan seorang manusia.."Sesungguhnya jika Allah mencintai seorg hamba maka Dia tenggelamkan
hamba itu dalam cubaan. Barangsiapa yang tidak pernah mengalami musibah
maka ia jauh daripada kasih sayangNya…"

Alhamdullilah tahun 2007 akhirnya aku telah grad sebagai seorang pelajar di Universiti Malaya..walaupun terlalu banyak masalah yang aku hadapi adakalanya menyebabkan aku sendiri merasakan bahawa aku tidak dapat menghabiskan pengajian ini bersama teman2 seperjuangan namun atas berkat kesabaran, dorongan mama dan papa serta adik2 dan kawan-kawan yang membantu aku kuatkan semangat.InsyaAllah aku akan menyambung pengajianku..aku masih mencari bahan dan maklumat untuk membuat proposal..moga2 cita2ku akan tercapai bukan untuk diriku sendiri tapi untuk keluarga yang tercinta.."Solehah women smile in times of trouble, gather strength from doa, and grow braver by istighfar and solat"

Buat teman-teman thanks kerana sudi berkongsi pengalaman, susah dan senang bersama..buat teman-teman zaman persekolahan..aku rindukan kamu semua..buat isma thanks kerana sepanjang aku dkat kl..hg banyak tolong aku..wlaupun kadang kala hg sibuk mcm mana pun hg tetap tolong aku…buat su..walaupun hg dkat png..hg pun byk tolong aku…tahniah kerana hg dh dapat sambung pjj..aku harap hg akan terus berusaha untuk terus berjaya…aku sygkan persahabatan kita..buat teman-teman lain nisa, ez, ana, laila dan teman-teman lain moga kita akan terus berjaya..buat teman sekampus di Universiti Malaya..kita sekarang dengan arah tujuan masing2..perkenalan selama 3 tahun aku sangat hargai…kak iza, ina, ema, sarah, su, mun, ain, ajoy, farizal, jamal, pejal…thanks krn faham diri ini..buat azrul n mizi tahniah moga cita2 korang untuk menjadi cikgu yang berdedikasi tercapai..buat teman2 yang berasa hati dengan aku maaf aku pohon..mungkin ada kala muluku agak lezer tp aku tak pernah menyimpan perasaan marah atau benci pada korang.."Jadilah kawan yang hadirnya dinanti dan perginya dirindui kerana mencari kawan yang setia dan jujur ibarat mencari SEBUTIR PERMATA". Kadang2 kita rasa kta ada ramai sgt kawan di sekeliling, dan adakalanya kita akan rasa yg kita x ada kwn lansung..

Buat insan2 lain yang pernah aku sakitkan hati maaf aku pohon..kalo boleh tahun 2008 ini akan menjanjikan sesuatu yang lebih bahagia dan mengukuhkan semula ukhwah kita bersama…

Ya Allah,di mana lagikah dapat ku temui cinta sejati.. kecuali pada cintaMu.. ke mana lagikah hati ini harus berlabuh.. kecuali pada kasihMu.. Jadikanlah hati yg lemah ini. Ya Allah tertambat kukuh hanya padaMU. Aku mohon redha atas segenap keputusanMu. Ampunilah diri ini yang tidak berharga.Ya Allah. Penuhilah kehinaan ini dengan keindahan maghfirahMu…

December 30th, 2007 at 8:11 pm

Lebih baik berdiam diri

Manusia berbicara setiap hari, yg baik mmbawa kpd ksejahteraan. Jika berbicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana dunia dan akhirat. Di dunia akan dibenci manusia manakala di akhirat bicara yg menyakitkan hati org lain menyebabkan kita terseksa di neraka.

Bg golongan beriman, lidah yg dikurniakan Allah itu bukan utk digunakan bagi mengeluarkan perkataan yg tidak elok. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan perkataan yg menyenangkan hati dan berhikmah.

Jika anda tidak mempunyai apa2 utk diucapkan @ mungkin bicara anda boleh menyakitkan hati org lain, cara terbaik ialah berdiam diri.

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim :
"Barang siapa yg beriman kpd Allah dan akhirat, hendaklah ia berkata yg baik atau diam".

Ada pendapat mmberitahu, banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak ckp tidak semestinya cerdik kerana kecerdikan itu buah fikiran, org cerdik yg pendiam lebih baik drp org bodoh yg banyak bercakap.

Menasihatkan org yg brsalah tidak salah tetapi yg salah ialah memikirkan kesalahan org lain……Renungkanlah……

December 27th, 2007 at 10:22 pm

“Lidah anda yang menentukan siapa anda.”

Kadang-kadang kita tak sedar siapa kita??apa tanggapan orang lain terhadap kita??sebenarnya lidah kita yang dapat menentukan siapa kita??orang lain bleh ‘judge’ kita melalui percakapan kita, air muka kita..dalam sedar atau tidak kadang-kadang kita cuba sembunyikan siapa diri kita sebenar…
berdasarkan apa yang telah aku tempuhi…hari ini aku bertekad untuk menulis sesuatu dlm blog ini…bukan niat hati untuk mengata atau mengutuk sesiapa tapi aku rasa terpanggil untuk menegakkan kebenaran..betul kata org dolu2 berani kerana benar takut kerana salah..terlebih dahulu maaf jika blog ini menyinggung mana2 pihak.ntah dari mana aku nak mula…mungkin dari pada persahabatan yang telah terjalin selama 3 tahun…telah membuka mata siapa org yang berada disekeliling kita…aku sedar semua manusia tu tak ‘perfect’ termasuk diri aku..tp aku cuba untuk menjadi seorg sahabat yg baik…cuma memahami semua org yang berada disekeliling aku…tp aku silap..mungkin tak ramai yang suka denganku..pengakuan ikhlas ini telah diutarakan pada seseorang..aku pun tak paham kenapa??mungkin aku salah??tp mungkin ‘dia’ yang salah menganggap…
sebagai seorang insan yang berfikiran waras aku selalu berpegang kpd perinsip…jgn menipu org lain…moga diri ini tidak ditipu…ternyata…persepsi ku itu salah..malah lebih kejam ada yang bertindak ‘menikam kawan dari belakang’…aku tak kisah siapa yang ‘dia’ nak tipu, bohong atau sewaktu dengannya…tp aku dah ada bukti yang aku rasa cukup untuk membuatkan ‘dia’ malu utuk berhadapan dengan kenyataan..aku mendiamkan diri bukan bermaksud aku salah..tp aku tak nak ‘dia’ sendiri malu dengan apa yang telah ‘dia’ lakukan…biarlah aku diburuk2 kan…tp aku sentiasa doakan ‘dia’ sedar sebelum terlambat…bak kata orang sekali kita membuka keaiban orang maka kita membuka keaiban kita sendiri..
moga tuhan memberi pertunjuk kepada orang berkenaan…

December 27th, 2007 at 8:03 pm

Aduh.....

Salam aku kembali di blog ini...sbb blog lama aku dh xleh buka..xtau knp..tp xapa..mn2 pon sm..aku akan cuba letakkan kembali sume catatan aku dr blog yg lama..mga kita dpt berkongsi segala ilmu pengetahuan dunia mahupun akhirat..amin

Khamis, 22 November 2007

LovE

Love is someones to share the moonlight with..
Love is having the world at your feet..
Love is full of surprises..
Love is feeling eachother's arms around..
Love is being patient..
Love is warming smile..
Love is keeping eachother's promise..
Love is a thing that is never out of a season..
Love is being able to say what is on your mind..
Love is everything....
If i know what love is..
it's because of you..
I would love you forever, but forever is not enought..
I would love u as big as the sky..
as tall as the mountian..
and as deep as the ocens..
I love you more today than yesterday,but less than tomorrow..
LOVE - How can such a small word mean so much..In the arithmatic of love..1+1 = Everything..!! And 2 - 1 = Nothing..!!

APAPUN, CINTA YG TERBAIK ADALAH CINTA KEPADA ALLAH SWT, TAKKAN ADA CINTA SESETIA, SEJUJUR DAN SEINDAH CINTA YG HAKIKI KEPADA PENCIPTA KITA