CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Selasa, 16 Ogos 2011

Secebis rasa

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi

Bila seseorang itu mencintai kita lihat lah pada keilhlasan hatinya..sekiranya si dia tulus mencintaimu maka hargailah kerana bukan mudah untuk memberikan sekeping hati kepada seseorang. Jangan lah dihiraukannya...kerana mungkin hati itu akan cepat terluka, terhiris...tatkala dia masih bersabar..masih setia mungkin tidak ada masalah..tetapi kalau dia betul-betul terluka dan kesannya begitu mendalam maka berhati-hatilah kerana kesan luka yang dalam itu belum pasti ada ubatnya..jangan sehingga dia pergi meninggalkan kita barulah kita sedar akan keikhlasan hatinya..

Isnin, 15 Ogos 2011

Aku iNg!n mEnc!Nta!Mu...




i




Tuhan betapa aku malu
atas semua yang kau beri

Padahal diriku
terlalu sering membuatMu kecewa
Entah mungkin karena ku terlena
sementara Engkau beri
Aku kesempatan
berulangkali agar aku kembali

Dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMu
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMu

Aku ingin mencintaiMu setulusnya
Sebenar-benar aku cinta
Dalam doa dalam ucapan dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMu
selamanya sehina apapun diriku

Kuberharap untuk bertemu denganMu yaa Rabb

Ahad, 31 Julai 2011

Salam Ramadhan..

Sabtu, 23 Julai 2011

mari beramal

u make me smile..








susah nk puaskan hati org nie..




kadang-kadang kita dh cuba untuk buat yag terbaik..kita cuba buat orang disekeliling kita gembira..namun ianya tak semudah yang kita sangka..tak semua yang akan puas hati dengan apa yang kita buat..ada saja komen, merungut tak tentu pasal...tp itu lah hakikat manusia...makhluk yang sentiasa tak puas dengan apa yang ada..

kita cuba nk ambik ati semua org..tp xde sapa yg nk hargai apa yg kita dh buat..bukan nk mengeluh..kita xkan rasa sedih mcm nie kalo semua org gembira apa yg kita buat..semua org suka dengan apa yg kita buat..

tp nk buat mcm mn kan kadang-kadang sukar nk puaskan hati semua org..wpon dh byk kita berkorban..kita cuba bt yang terbaik..tp msh ramai yg merungut tidak puas hati..itulah hakikat sebagai seorg manusia..selalu rasa tidak puas dengan apa yg dh diberikan..

alangkah baiknya kalo taip-tiap manusia itu ada sedikit perasaan bersyukur...berapa ramai yang
mampu untuk rasa demikian..yang selebihnya masih belum ada kesedaran..wpon kita dh berusaha, bersusah payah..tp msih ada yang tak puas hati..kdg2 rasa sgt tak berbaloi..sedikit usaha yang kita buat tak dihargai..

bukan kita minta untuk diberi anugerah..bukan kita minta untuk diberi perhatian tp kita harap ada yang menghargai segala usaha dan penat kita selama ini. susah sgt kah nk ucap terima kasih atau nk rasa bersyukur....cube mereka dok di tempat kita..kita rasa mereka pon akan ada perasaan begini kalo ada org yg merungut2..

mga Allah memberi petunjuk kepada mereka2 ini..amin...



Isnin, 18 Julai 2011

Renung-renungkan


Renungkanlah sedalam-dalamnya. Hanya ALLAH yang Maha Berkuasa ke atas sesuatu..

"Jangan terlalu memandang bintang di langit hingga kita terlupa rumput di bumi."

Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.

Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..

Dia datangkan petir dan kilat..

kita menangis dan tertanya-tanya,

kemana hilangnya sinar..

Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "

`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..