1. Speak to People.... Its a communication of the heart
2. Smile at People.... It takes 72 muscles to frown, only 14 to smile
3. Call People by name..... The sweetest music to listen is the sound of a person’s own name
4. Be Friendly & Helpful.... Make friendship, enjoy the cup of life
5. Be Cordial.... Speak and act with genuineness
6. Be Genuinely Interested.... Be interested in others, show you care
7. Be Generous.... Always be generous with Praise, cautious with criticism
8. Be considerate with the feelings of others.... What you feel, others may not. Be considerate. You, the other person and the right side
9. Be Alert.... Offer your services whatever you can. What you do for others counts the most
10. Add to this a Good Sense of Humour.... A big dose of Patience and a dash of Humility-Get the Rewards many fol
Sabtu, 2 Julai 2011
Rules for human relation
Posted by *Miss Whatever* at 7:15 PTG 0 comments
Jika anak itu.......
Jika anak itu hidup dalam kritikan,
dia belajar menyalahkan orang lain...
Jika anak itu hidup dalam kekasaran,
dia akan belajar melawan...
Jika anak itu hidup dalam ketakutan,
dia belajar menjadi pengecut...
Jika anak itu hidup dalam iri hati,
dia belajar berasa bersalah...
Jika anak itu hidup dalam kesabaran,
dia belajar menjadi penyabar...
Jika anak itu hidup dalam galakan,
dia belajar menjadi yakin...
Jika anak itu hidup dalam pujian,
dia belajar menghargai...
Jika anak itu hidup dalam penerimaan,
dia belajar menyayangi...
Jika anak itu hidup dalam persetujuan,
dia belajar menyayangi dirinya...
Jika anak itu hidup dalam pengiktirafan,
dia belajar ada baiknya mempunyai matlamat...
Jika anak itu hidup dalam kejujuran,
dia belajar erti kebenaran...
Jika anak itu hidup dalam keadilan,
dia belajar berlaku adil...
Jika anak itu hidup dalam keselamatan,
dia belajar untuk yakin pada dirinya dan pada orang lain...
Jika anak itu hidup dalam kemesraan,
dia belajar bahawa dunia ini adalah tempat yang paling sesuai untuk hidup...
Posted by *Miss Whatever* at 7:07 PTG 0 comments
Sedetik rasa
Posted by *Miss Whatever* at 7:14 PG 0 comments
Senyum
Senyum adalah ekspresi. Menunjukkan kebesaran jiwa dan kelapangan hati. Orang yang sering tersenyum senantiasa berwajah cerah dan menyenangkan. Walau tak tampan atau cantik, kecerahan wajahnya membuatnya sterkesan kepada siapa saja. Ekspresi senyum mampu mencairkan kebekuan, kecemasan dan keragu-raguan. Membuat suasana hangat, akrab dan penuh keharmonisan.
Senyum juga merupakan terapi mental dan kejiwaan, merupakan upaya dari dalam diri kita untuk melawan berbagai tekanan yang kita hadapi. Dengan tersenyum, tanpa sadar kita sedang berupaya menghibur diri dari setiap masalah, mengubati mental sekaligius melatihnya untuk semakin tegar. Tersenyum (sambil berdoa) dalam kesedihan dan kesusahan, merupakan ubat terbaik bagi diri untuk menemukan solusi dan keluar dari tekanan psikis.

Lihatlah bayi mungil yang baru lahir. Dia tak dapat berbahasa seperti kita, namun senyumannya mampu meluluhkan hati siapa saja yang melihatnya. Senyuman bayi begitu menggemaskan, mampu menggambarkan kebahagiaan yang tulus dan fitrah. Orang akan melakukan apa saja untuknya, walau bayi tak pernah menyuruh dan memerintah, namun senyumannya memiliki ribuan makna yang membuat orang berusaha untuk memahami kehendaknya. Bila bayi menangis, itu menunjukakn bahwa ada masalah dan ketidakselesaan, dan orang-orang disekitarnya akan berupaya mencari sumber masalahnya kemudian mencari solusinya. Dan bila bayi tersenyum, ada kebahagiaan yang dirasakan dan ditularkan pada siapa saja yang melihatnya. Tersenyumlah dengan ketulusan.. hati anda akan lapang dan anda akan menjadi pribadi yang hangat. Kerana dengan tersenyum, anda sedang membuka pintu hati anda pada siapa saja. Senyuman yang tulus gambaran kematangan peribadi seseorang, kerana senyuman adalah gambaran hati, sehingga akan turut membentuk karakter seseorang.
Senyum Itu menyihatkan
Tahukah anda? Saat tersenyum, otot mata mengerut, dua otot sudut bibir tertarik, otot di sekitar hidung juga, dua otot disudut mulut bergerak naik, dan dua otot lagi membuat bibir melebar. Kalau dihitung, ada 12 otot wajah yang bergerak saat seseorang tersenyum. Saat merungut, otot yang bergerak hanya sebelas. Sementara senyuman palsu hanya menggerakan dua otot yaitu di sudut bibir.“Saya tahu senyuman seseorang tulus atau palsu dengan cara melihat matanya. Seseorang yang tersenyum palsu matanya tidak ikut tersenyum,” kataDavid Song, MD, FACS., ahli bedah plastik Universitas Chicago Hospital.

Posted by *Miss Whatever* at 6:33 PG 0 comments
Jumaat, 1 Julai 2011
Mencari atau Menjadi
“Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya”, kata seorang mahasiswi. “Ana memang tidak sebagus Ali, sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak mem-Fatimahkan seorang yang tidakFatimah!”, tegas seorang mahasiswa. Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya? Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya? Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah. Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi? Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa! Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan. Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda men-CARI si Soleh, tetapi berusahalah men-JADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat men-CARI yang solehah, tetapi berusahalah men-JADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan itu walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.
Posted by *Miss Whatever* at 6:27 PTG 0 comments
Kita
1. Kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh TAPI... Ingatlah! kita bukannya manusia yang hebat untuk mencaci dan mengutuk ciptaan-Nya. Dia Maha Mengetahui. Setiap apa yang diciptakan-Nya mempunyai hikmah yang tersendiri. Sedarlah !!!
2. Kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin
3. Kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain muka tak handsome
4. Kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain tak lawa
5. Kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat
6. Kita bukanlah alim untuk cakap orang lain lupa sembahyang
7. Kita bukanlah kuat untuk cakap orang lain lemah
8. Kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut
1. Kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain
2. Kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan
3. Kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri
4. Kita adalah cantik jikalau kita sentiasa memuji orang lain
5. Kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah kebaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain
6. Kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita kepada-Nya dengan seikhlas hati
7. Kita adalah kuat jika kita sentiasa membantu orang yang lemah
8. Kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan agama
Posted by *Miss Whatever* at 8:26 PG 0 comments

