CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Ahad, 3 Jun 2012

muhasabah




 


 
 

Masa



“Demi masa!
Sesungguhnya manusia di dalam kerugian;
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
Dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran
Serta berpesan-pesan dengan sabar.”

(Al-Quran, 103: 1 – 3)
“An inch of time cannot be bought by an inch of gold.”

(A Chinese Proverb)

Orang yang menghargai masa menganggap “masa itu emas”. Berlalunya masa tanpa sebarang perbuatan atau sumbangan yang berfaedah bererti satu kerugian, kerana masa yang telah berlalu tidak akan kembali. Pada hari ini, dengan adanya teknologi canggih maka perhubungan menjadi semakin rapat dan banyak keputusan perlu dilaksanakan dalam masa yang singkat. Tidak bertindak segera atau melengahkan keputusan akan menyebabkan hilangnya peluang keemasan. Setiap orang diberi masa yang sama banyak. Terpulanglah kepada setiap individu bagaimana dia merancang masanya. “Those who make the worst use of their time most complain of its shortness” – La Bruyere. Oleh itu gunakanlah masa itu dengan bijak untuk setiap perilaku kita sebagai seorang insan.



belajar sesuatu..


kerana aku disapa ujian,aku belajar mengenal kehidupan.bahawasanya hidup bukan sekadar berteman suka dan gembira.tetapi di corak hampa dan air mata.maka,aku mngenal erti sabar dan belajar tersenyum walaupun perit terus menagih rasa hiba.

ketika kehendakku tak bisa digenggam.aku belajar menjadi insan matang.mensyukuri segala yang ditakdirkan.bukan merungut mencipta sesalan.kerna ku tahu semuanya tidak semudah semua yang dibayangku.dunia hanya persinggahan yang sering menagih pengorbanan.

kusedari aku bukanlah sempurna.aku belajar menjadi diriku apa adanya.tidak ku cemburu menatap kelebihannya dia.kerna ku yakini bahawa Allah itu menjadikan kita tidak sama.dan sememangnya kita memiliki kekurangan dan kelebihan yang tidak sama.

kegagalan semalam telah menghancurkan impian.namun kerna kegagalan itulah aku mengikat satu impian.bahwa tidak semua yang kita kehendakkan,akan berjaya digenggam tangan.kegagalan itulah yang menjadi guru pengajaran.

menyedarkan aku walaupun kita merancang,jngan pernah lupa bahawa Allah jua merancang.Dan jangan pernah lupa bahawa pernncangan Allah sememangnya jauh lebih hebat dan punya hikmah di sebalik setiap kejadian.

kegagalan,kesedihan,kesakitan yang melanda sememangnya menebuk lubang yang amat dalam di hatiku.namun kerna semua itu aku belajar sesuatu.bahawa setiap yang datang akan berlalu.tak selamanya kita di atas.dan tak selamanya juga kita di bawah.tiada apa yang kekal di dunia ini cuma Allah yang satu.lalu ku isikan pecahan pecahan yang telah terjadi di hatiku.dengan cintaNya dia yang telah mengukuhkan kembali hatiku yang telah layu..




DUNIA TELAH MENGAJARKAN AKU MEMILIH UNTUK SENTIASA
BERASA KECEWA DAN TERLUKA,NAMUN HANYA DENGAN 
MENGINGATI ALLAH SAHAJALAH AKU KEMBALI MENYEDARI
DAN REDHA.BAHAWA SEGALANYA ADALAH KETENTUANNYA
DAN AKHIRNYA AKAN BELAJAR DARI SEGENAP PERISTIWA.

terima kasih ya Allah.......:")

Jumaat, 1 Jun 2012

Sikap itu satu tabiat...


Setiap orang punyai tabiat masing-masing yang tersendiri. Tabiat-tabiat tersebutlah yang menentukan ciri-ciri keunikan seseorang itu. Baiklah, apa itu tabiat yang sebenarnya
    “Sifat batin seseorang yang mempengaruhi fikiran atau perbuatannya; perangai; budi pekerti atau watak. Tabiat juga boleh didefinisikan sebagai perbuatan yang selalu dilakukan atau tingkah laku.”~Kamus Dewan Online
Baiklah, tabiat. Satu isu yang sangat senang untuk difahami. Isu yang mudah dan kecil. Tapi, tabiat itulah yang menentukan kejayaan atau kegagalan kita dalam kehidupan sekiranya kita sedar. Kenapa? Kerana tabiat itu adalah satu entiti yang sebati dalam diri kita. Kalau tidak sebati, masakan ia dikatakan sebagai tabiat. Tabiat ini boleh kita bahagikan kepada dua jenis. Tabiat yang positif dan tabiat yang negatif.
Tabiat yang positif sudah tentu menjadikan kita sebagai seorang yang positif dan hebat dalam kehidupan. Begitu juga tabiat yang negatif. Mungkin kita memandang tabiat ini adalah satu isu yang tidak lah perlu diberi perhatian sangat. Ada isu lain lagi yang lebih besar seperti isu ekonomi, sosial, politik dan lain-lain lagi. Tetapi jangan lupa, isu sekecil inilah yang akan membentuk isu-isu yang besar seperti yang dinyatakan di atas. Tabiat suka berniaga akan memantapkan ekonomi negara. Tabiat suka berhibur yang keterlaluan akan membentuk masalah sosial. Tabiat suka berbantah-bantah tentang perkara yang kecil atau tidak munasabah dan tidak senang dengan kejayaan orang lain juga salah satu punca yang membentuk masalah politik. Itu sebagai sekadar contoh yang mudah untuk difahami.
Apabila sesuatu sikap itu sudah menjadi tabiat kita, maka ia akan melekat dalam diri kita sehinggalah ia mungkin akan menjadi identiti diri kita sendiri. Misalnya tabiat suka berbohong, tidak jujur, tidak amanah, keras kepala dan merasakan diri sentiasa betul serta lain-lain sikap yang negatif. Begitu juga sebaliknya, kalau seseorang itu mempunyai sikap yang jujur, amanah, sentiasa berfikiran positif dan lain-lain sikap positif yang lain, ia akan menentukan kejayaan seseorang individu tersebut.
Tabiat adalah sesuatu yang sukar untuk diubah malah sukar untuk dibuat-buat. Ia merupakan satu entiti yang perlu disemai sejak dari kecil lagi. Tabiat adalah berkadaran positif dengan sikap. Oleh yang demikian adalah penting bagi ibu bapa untuk menanam sikap-sikap yang positif dalam diri anak-anak sejak awal kelahiran lagi. Kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tabiat anak-anak juga merupakan refleksi diri ibu bapa. Ya, Ini adalah benar kerana tabiat adalah sesuatu yang mudah mempengaruhi andainya ia sentiasa dilakukan di hadapan seseorang.
Untuk mengubah sesuatu tabiat yang negatif memerlukan satu kekuatan dalaman yang sangat besar. Ia memerlukan istiqamah yang tinggi dan mind setting yang positif. Sekiranya kita mahu dan percaya kita boleh ubah tabiat yang tidak kita sukai, insya Allah kita akan mampu melakukannya.  Namun, bukan sedikit mujahadah dan ketetapan pendirian serta pengorbanan yang diperlukan dalam usaha mengubah tabiat ini. Tabiat tidak sekali-kali akan dapat diubah jika kita tidak konsisten dengan azam dan usaha yang kita berikan. Selain itu, doa juga merupakan elemen yang penting dalam usaha mengubah tabiat. Mohonlah kepada Allah agar ditetapkan pendirian dan istiqamah dalam episod perubahan. Mohonlah agar diberi kekuatan untuk melawan nafsu yang berbentuk tabiat itu. Mohonlah agar Dia membantu kita dalam episod perubahan dalam kehidupan tersebut. Kenapa perlu mengubah tabiat? Kerana, siapa kita pada masa akan datang adalah bermula daripada tabiat yang kita miliki pada masa sekarang.
 Kesimpulannya, sama-samalah kita berusaha untuk mengubah tabiat yang negatif kepada tabiat yang positif demi agama kita. Kerana telah kita lihat kehancuran tamadun Islam itu bermula dari perkara sekecil-kecil tabiat.  Dan kejayaan tamadun Islam itu juga bermula dari perkara sekecil-kecil tabiat juga. Tidak salah mempunyai sikap yang negatif, kerana manusia memang dilahirkan dengan ketidaksempurnaan. Tapi jangan biarkan ia melekat dalam diri kita dalam bentuk tabiat sehingga menjadi identiti diri kita. Bahkan, jangan biarkan tabiat itu menjadi penghalang kepada kita untuk menjadi orang yang berjaya dalam kehidupan. Semoga kita sama-sama dibantu dan dipermudahkan-Nya dalam urusan untuk menjadikan sikap yang positif sebagai tabiat kita.

Isnin, 16 April 2012

Motivasi Remaja


Moga entri ini dpt memberi kesedaran kepada pelajar2 ku...moga meraka terus berjaya dimana jua mereka berada..

Hidup remaja penuh pancaroba. Ada juga yang mengatakan kehidupan remaja penuh warna-warni. Bagaimanapun, remaja perlukan bimbingan dan motivasi untuk terus meningkatkan kejayaan dalam pelajaran demi mengejar cita-cita yang diimpikan.

Kebanyakan remaja lelaki berusia antara 13 hingga 17 tahun sering terperangkap dengan angan-angan, cinta dan khayalan. Manakala remaja perempuan pula sering terperangkap dengan masalah cinta dan kematangan. Mereka yang terlibat dengan masalah ini tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran.

Dalam tempoh usia ini juga kebanyakan remaja mudah terjebak dengan pelbagai gejala sosial yang menjerumuskan mereka ke arah keburukan. Bermula dengan berkenal-kenalan melalui perbualan telefon dan facebook, akhirnya mereka mudah terikut dengan pengaruh kawan dan terbabit dengan pergaulan bebas serta gejala sosial.

Justeru, remaja perlu mengekalkan dan mengawal minat mereka ke arah perkara yang bermanfaat dan lebih baik untuk diri dan keluarga. Melalui minat bermanfaat yang dipupuk sejak kecil seseorang itu dapat mengembangkan minat dan kecenderungan hingga dewasa. Minat yang baik seperti membaca, melukis dan bermain alat muzik dikatakan dapat mengisi kekosongan dan menghaluskan jiwa.

Kajian ahli psikologi pendidikan H W Bernard dalam bukunya Psychology of Learning (1965), menyatakan remaja perlu mendapat sentuhan motivasi iaitu proses ke arah membangkitkan, mengekalkan dan mengawal minat.

Oleh itu, melalui motivasi sebagai suatu desakan yang menjadikan manusia mengubah sikap, minat atau kegiatannya ke arah kebaikan. Ia dapat menghindarkan seseorang remaja terjebak dalam perkara tidak baik dan tidak mendatangkan faedah. Sebagai contoh, bidang sukan dan permainan dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah.

Menurut pakar pendidikan Sharifah Alwiah Alsagof, motivasi juga dikatakan sebagai perangsang tindakan terhadap sesuatu tujuan yang dulunya hanya terdapat sedikit atau tiada minat terhadap tujuan tersebut menjadi bertambah minat. Oleh itu, motivasi penting ke arah mencapai suatu matlamat tertentu, termasuk mengubah sikap, minat dan tingkah laku seseorang.

Sesetengah ahli psikologi mengklasifikasikan motivasi kepada motivasi fisiologi (misalnya keperluan asas manusia seperti makanan, minuman, seks dan sebagainya) dan motivasi sosial (misalnya berharap mendapat reputasi dan keuntungan).

Ia terbahagi kepada dua iaitu motivasi asas yang bersifat semula jadi dan motivasi yang dibentuk daripada pembelajaran.

Kajian menunjukkan bahawa keperluan sosial manusia meliputi keperluan mencapai kecemerlangan, pergaulan sosial, autonomi, pemeliharaan dan perlindungan, mempengaruhi dan mengawal orang lain, menunjukkan kebaikan, peraturan dan kekemasan dalam sistem organisasi, hiburan, rekreasi dan keselesaan yang memerlukan motivasi.

Di sebalik kejayaan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) masih ada pelajar yang kurang cemerlang dan merosot keputusannya. Sepatutnya, sekolah sudah dapat mengenal pasti kumpulan ini. Kalangan pelajar dari sekolah yang pencapaiannya kurang cemerlang, kurang baik dan tidak memuaskan seharusnya diberikan motivasi.

Justeru, pelajar yang kurang cemerlang dalam peperiksaan SPM diberi kaunseling dan motivasi. Mereka yang berjaya juga seharusnya memberikan semangat, kata-kata rangsangan, motivasi serta kaedah belajar yang berkesan dan bergaul dengan mereka yang kurang cemerlang.

Ahli keluarga dan saudara-mara pelajar yang kurang cemerlang juga wajar memberikan kata-kata semangat dan rangsangan kepada mereka supaya terus berusaha untuk mencapai kejayaan.

Dorongan dan kata-kata motivasi dapat meningkatkan semangat mereka dalam pelajaran. Kegagalan dalam peperiksaan bukan bermakna berakhirnya suatu kehidupan. Banyak mereka yang gagal dalam peperiksaan berjaya mencipta masa depan dalam bidang lain seperti bidang perniagaan.

Kata-kata motivasi dapat membangkitkan semula semangat dan bangkit daripada kegagalan untuk mencipta kejayaan yang baru. Napoleon Hill pernah berkata, apabila anda mempersoalkan kegagalan, sama dengan anda mengundang kegagalan dan apabila anda mempersoalkan kejayaan bererti anda akan mengundang kejayaan pula.

Menurut pandangan Babara Cartland, janganlah anda menyesali kegagalan yang anda alami dengan menuduh orang lain, tetapi akui dengan sungguh-sungguh kegagalan itu adalah akibat perbuatan anda sendiri.

Sebagai motivasi Robert H Schuller menyatakan, kegagalan tidak bererti kita mensia-siakan hidup, tetapi bererti kita perlu mulai lagi dengan cara lain dan lebih giat serta penuh kesabaran.

Begitulah cara mengatasi kegagalan dalam kehidupan. Kebijaksanaan lebih banyak belajar daripada kegagalan bukan daripada kejayaan. Kegagalan juga mengajar kita untuk mencapai kejayaan seterusnya.

Setiap remaja memerlukan motivasi dalam mencapai cita-cita terutama mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Selain itu, remaja juga mempunyai semangat yang kuat, usaha gigih, tenaga yang mampu untuk bersaing dalam dunia globalisasi bagi menentukan kejayaan seterusnya. Minat yang mendalam dalam sesuatu bidang boleh diasaskan dan dicetuskan melalui motivasi berterusan.

Kebanyakan pelajar yang gagal dalam pelajaran adalah disebabkan hilang fokus dan minat ke arah pelajaran. Beberapa faktor yang menyebabkan hal ini berlaku antaranya kurang motivasi daripada ibu bapa, keluarga, rakan sebaya, guru-guru dan persekitaran yang tidak menggalakkan.

Melalui motivasi iaitu proses dalaman menimbulkan perubahan tingkah laku seseorang. Sekiranya perubahan tingkah laku itu yang ditimbulkan oleh motivasi berpusat pada suatu aktiviti dan aktiviti itu dapat menghasilkan kepuasan, seseorang individu akan meneruskan aktiviti tersebut secara berulang-ulang seperti pembacaan, penulisan dan reka cipta.

Dalam konteks pendidikan, naluri ingin tahu merupakan motivasi. Oleh itu naluri ingin tahu menjadi penggerak penting yang amat bernilai untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Naluri ingin tahu dalam diri kanak-kanak lahir secara semula jadi dan harus dipupuk hingga dewasa.

Motivasi berlandaskan naluri ingin tahu adalah ditimbulkan daripada rangsangan dalam persekitaran. Sikap, harapan dan aspirasi seseorang pula mempengaruhi motivasinya.

Strategi pengajaran dan pembelajaran juga penting untuk mewujudkan motivasi. Kesediaan belajar banyak bergantung pada motivasi yang sesuai dan penting untuk menggerakkan pembelajaran.

Lantaran itu, Islam juga menggalakkan motivasi dalam melaksanakan setiap ibadah. Melalui rangsangan dan semangat yang gigih, ibadah dapat dilakukan dengan baik dan sempurna serta berterusan.

Kesabaran ibu bapa juga penting dalam melaksanakan penerusan motivasi dalam diri seseorang anak berkaitan dengan pelajaran dan ibadah. Oleh itu, motivasi penting dalam kehidupan untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat.

Oleh Dr Aminudin Mansor
* Penulis berkelulusan PhD Persuratan Melayu

Isnin, 5 Disember 2011

Antara suka dan sayang

Jika kita menyukai seseorang itu tidak bermakna kita menyayanginya, tetapi jika kita menyayangi seseorang sudah pasti kita amat menyukainya. Mari kita lihat pro dan kontra dalam definisi antara “suka” dan “sayang” di bawah.

Dari Segi Layanan

Suka – Si dia akan melayan anda sama seperti teman-teman yang lain sehingga anda merasakan tiada keistimewaan langsung untuk anda. Mungkin juga anda sering melakukan aktiviti bersama tetapi si dia lebih cenderung untuk menghabiskan masa sekadar berseronok dan bergembira sahaja. Dengan jelas dapat dilihat bahawa si dia hanya berkawan dengan anda untuk menghiburkan hatinya. Apabila anda sakit atau bermasalah, si dia sedia mendengarnya tetapi hanya sekadar menjadi pendengar tanpa sebarang tindakan yang boleh membantu.

Sayang – Sedar atau tidak cara si dia melayan anda tampak berbeza dari teman-teman yang lain. Si dia lebih mengambil berat tentang diri anda sama ada dari sudut jasmani mahupun rohani. Si dia turut gelisah dan susah hati tatkala anda dilanda sebarang masalah. Dari sudut yang lain, si dia sanggup menghulurkan sebarang bantuan tanpa minta dibalas. Ada ketikanya juga anda tidak sedar bahawa si dia telah menolong anda menyelesaikan beberapa perkara.

Topik Perbualan

Suka – Kebanyakan topik yang diperbualkan antara anda dan si dia adalah bersifat cakap kosong. Apabila berkumpul bersama teman-teman yang lain, dia dengan jelas bersekongkol untuk mengenakan anda. Bila berduaan pula si dia akan mengelak dari membicarakan soal peribadi atau perancangan masa hadapan. Si dia menyukai anda kerana sifat betah yang anda pamerkan ketika mengisi ruang perbualan dan tidak lebih dari itu.

Sayang – Kala bersama teman-teman yang lain, si dia menunjukkan sifat defensif terhadap diri anda. Si dia seboleh mungkin akan cuba mempertahankan anda apabila ada di antara teman yang berkata buruk tentang diri anda. Walaupun dengan nada lembut, si dia akan terus menyokong anda. Bila berkesempatan, si dia tanpa rasa segan silu untuk meluahkan kegembiraan mahupun kedukaan terhadap anda. Pada waktu tertentu pula, topik perbualan antara anda dan si dia akan menjurus ke arah pembinaan sebuah institusi keluarga atau perancangan di masa hadapan bersama. Dalam ertikata lain, si dia sedia berterus-terang meluahkan perasaannya kepada anda.

Aktiviti dan Pergaulan

Suka - Mungkin anda dan si dia selalu melakukan sebarang aktiviti bersama terutama sekali aktiviti yang dilakukan secara berkumpulan.
Secara zahirnya anda lihat dia gembira ketika melakukan aktiviti tertentu bersama anda, tetapi ada ketikanya dia seakan-akan cuba mengelak dari anda. Berkemungkinan juga si dia tidak mahu dilihat begitu rapat dengan anda ketika bersama teman-teman yang lain.

Sayang – Walau apa jua aktiviti yang ingin dilakukan, si dia seboleh mungkin mahu anda turut serta. Dengan penuh kesungguhan si dia akan berusaha untuk memastikan hari yang dilalui bersama itu bermakna kepada dirinya dan anda. Si dia akan bertegas dengan dirinya agar tidak melakukan sebarang kesilapan yang akan melukakan hati anda. Walaupun ada sesetengah perkara itu menjengkelkan, si dia akan cuba menyembunyikan perasaan jengkel itu demi menjaga hati anda. Namun begitu, ini tidak bermakna anda perlu berpura-pura menjadi seorang yang sempurna.

Perwatakan dan Sifat

Suka – Ketika si dia menghadapi kesukaran, dia akan mempamerkan kemesraan yang luarbiasa. Si dia akan melayan anda dengan sebaik-baiknya dengan harapan agar anda dapat menghulurkan bantuan. Mungkin pada waktu begini anda merasakan yang si dia sayangkan anda tetapi sebenarnya tidak. Si dia hanya sukakan anda kerana anda boleh menjadi seorang kawan yang baik hati.

Si dia tidak pernah ambil kisah tentang penampilan anda. Dari segi pakaian contohnya, si dia hanya akan memuji walaupun pada hakikatnya cara pemakaian anda itu tidak bersesuaian dengan tempat dan situasi tertentu.

Sayang - Ketika menghadapi sebarang kesulitan, si dia seterdaya mungkin akan menyembunyikannya. Tindakan si dia sebenarnya sangat murni jika dihalusi kerana tidak mahu anda turut terjerumus ke dalam masalah yang sedang dihadapinya. Tetapi, jika anda juga menyayangi si dia sudah pasti anda dapat menghidu perwatakannya yang cuba merahsiakan sesuatu.

Si dia akan menunjukkan rasa tidak suka dengan cara pemakaian anda yang keterlaluan dan baragkali terlalu seksi pada pandangan matanya. Bukan kerana cemburu, tetapi si dia tidak mahu anda dijadikan bahan bual bicara sesiapa sahaja yang melihat. Di sinilah anda dapat lihat sifat prihatin si dia tehadap anda.

Walau suka atau sayang, kita seharusnya menghindari sifat kepuraan. Jangan sesekali kita menjadikan kepuraan itu sebagai pegangan. Kita mesti bersifat berani untuk menonjolkan perwatakan sendiri. Tidak perlu rasa takut untuk menjadi diri sendiri kerana dengan menjadi diri sendiri kita akan mampu membina keyakinan. Mungkin ada teguran yang menyakitkan, tetapi kita harus meletakkan setiap kritikan itu sebagai suatu panduan untuk kita memperbaiki kesilapan. Yang baik jadikan tauladan, jika buruk kita lemparkan sejauh mungkin.

Perbezaan antara suka,cinta dan sayang

Saat kau MENYUKAI seseorang, kau
ingin memilikinya untuk keegoanmu
sendiri.

Saat kau MENYAYANGI seseorang, kau
ingin sekali membuatnya bahagia dan
bukan untuk dirimu sendiri.

Saat kau MENCINTAI seseorang, kau akan
melakukan apapun untuk kebahagiaannya
walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.

Saat kau menyukai seseorang dan berada
disisinya maka kau akan
bertanya,"Bolehkah aku menciummu?"

Saat kau menyayangi seseorang dan
berada disisinya maka kau akan
bertanya,"Bolehkah aku memelukmu?"

Saat kau mencintai seseorang dan
berada disisinya maka kau akan
menggenggam erat tangannya...

SUKA adalah saat ia menangis, kau akan
berkata "Sudahlah, jgn menangis."

SAYANG adalah saat ia menangis dan kau
akan menangis bersamanya.

CINTA adalah saat ia menangis dan kau
akan membiarkannya menangis dibahumu
sambil berkata, "Mari kita selesaikan
masalah ini bersama-sama. "

SUKA adalah saat kau melihatnya kau
akan berkata,"Ia sangat cantik/tampan
dan menawan."

SAYANG adalah saat kau melihatnya kau
akan melihatnya dari hatimu dan bukan
matamu.

CINTA adalah saat kau melihatnya kau
akan berkata,"Buatku dia adalah
anugerah terindah yang pernah Tuhan
berikan padaku.."

Pada saat orang yang kau SUKA
menyakitimu,maka kau akan marah dan
tak mau lagi bicara padanya.

Pada saat orang yang kau SAYANG
menyakitimu,engkau akan menangis
untuknya.

Pada saat orang yang kau CINTAI
menyakitimu,kau akan berkata,"Tak apa
dia hanya tak tau apa yang dia
lakukan."

Pada saat kau suka padanya, kau akan
MEMAKSANYA untuk menyukaimu.

Pada saat kau sayang padanya, kau akan
MEMBIARKANNYA MEMILIH.

Pada saat kau cinta padanya, kau akan
selalu MENANTINYA dengan setia dan
tulus...

SUKA adalah kau akan menemaninya bila
itu menguntungkan.

SAYANG adalah kau akan menemaninya di
saat dia memerlukan.

CINTA adalah kau akan menemaninya tak
perduli bagaimana pun keadaanmu.

SUKA adalah hal yang menuntut.

SAYANG adalah hal memberi dan menerima.

CINTA adalah hal yang memberi dengan rela