CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Rabu, 31 Julai 2013

Siapa Kita





Bila orang tanya Siapa kamu? kita pasti akan memberitahu nama kita..Namun siapakah kita disebalik nama yang indah itu.. Ibu ayah kita bagi nama yang sangat indah dan mendalam maksudnya supaya kita menjadi insan yang sama dengan maksud nama kita.. Ramai yang lupa kini..ramai yang alpa. Siapa diri mereka pada hari ini..Mereka bukan lagi menjadi diri mereka sendiri tetapi mereka lebih suka menjadikan diri mereka orang lain dan membuatkan diri mereka sendiri terasing..terasing daripada diri sendiri..

Ramai yang menjadikan artis sebagai idola mereka sehinggakan mereka terikut-ikut fasyen, cara percakapan dan gaya hidup seperti idola mereka. Tak salah meminati seorang artis tapi biarlah berpada-pada biarlah kita menjadi diri kita sendiri..

Kenapa entry kali ini saya menulis mengenai Siapa Kita? Kerana saya melihat ramai di antara kita yang lupa siapa diri kita..lupa mengapa kita dijadikan khalifah dimuka bumi ini..lupa mengapa kita masih dihidupkan sehingga ke hari ini..

Muhasabah diri perlu dilakukan setiap hari..mungkin ketika kita sedang mandi, sikat rambut, makan dan apa jua yang kita lakukan.. Kenapa kita perlu menjadi khalifah Allah yang perosak, kenapa perlu menjadi Khalifah Allah yang degil, kenapa perlu menjadi Khalifah Allah yang angkuh.. itu bukan diri kita.. 

Kita adalah siapa yang kita sendiri ingin corakkannya..Allah telah mengurniakan kita akal sebaik-baiknya maka gunakanlah..fikirkanlah siapa kita di sisi Allah, siapa kita di sisi diri kita sendiri, siapa kita di sisi kawan-kawan,siapa kita di sisi keluarga dan siapa kita di sisi masyarakat.. Apa yang telah kita sumbangkan adakah ianya baik atau buruk sama-samalah kita fikirkan..muhasabahlah..















Jumaat, 7 September 2012

Hormati guru raih keberkatan ilmu

Menuntut ilmu merupakan suatu kewajipan yang dituntut ke atas umat Islam. Kelahiran Rasulullah s.a.w bersama suluhan wahyu telah berjaya mengangkat umat manusia ke arah tamadun yang tinggi berteraskan nilai material dan kemanusiaan. Melalui al-Quran banyak ditekankan mengenai kelebihan orang yang berilmu, begitu juga melalui rangsangan hadis nabi yang menyeru agar kita menyelamatkan diri kita daripada belenggu kejahilan. Apa yang mesti kita sedar dalam menimba ilmu pengetahuan ialah mengenai adab yang mesti kita jaga agar kita menjadi orang berilmu dan beradab. Antaranya ketika kita mahu belajar maka buanglah segala keistimewaan samada dari segi harta atau takhta yang masih tersemat dalam diri agar timbulnya perasaan hormat kepada guru dan bersedia untuk menerima ilmu dengan hati terbuka. Jika perasaan tinggi diri terus menguasai diri maka ilmu yang dicari tidak mampu diperolehi dengan sebaiknya kerana sentiasa diganggu oleh perasaan yang tidak suka ditegur, tidak mahu mendengar nasihat kerana sentiasa merasakan diri ini lebih daripada orang lain. Kita dapat lihat bagaimana sikap rendah diri dan menghormati guru serta membuang segala keistimewaan yang ada pada diri melalui sebuah kisah sebagai renungan bersama di mana Khalifah Harun al-Rasyid yang amat masyhur ketika datang ke Mekah untuk menunaikan haji maka baginda tidak melepaskan peluang untuk menziarahi Madinah. Setelah tiba di Madinah baginda ingin bertemu dengan imam Malik untuk belajar secara langsung daripada beliau berkenaan kitabnya yang paling masyhur iaitu Muwatta’. Ketika pesuruh khalifah datang menemui imam Malik untuk menyampaikan hajat khalifah lalu beliau dengan tegas menjawab : “ Sampaikan kepada khalifah bahawa ilmu itu didatangi bukannya ia yang mendatangi seseorang”. Akhirnya khalifah datang sendiri berkunjung ke rumah imam Malik untuk belajar. Semasa berada di rumah imam Malik lalu disampaikan maksud kedatangannya itu iaitu untuk belajar kitab Muwatta’. Ketika mahu belajar maka didapati hanya satu kerusi sahaja yang ada di ruangan tempat belajar lalu imam Malik dengan tegas menyatakan :” Kerusi itu untuk guru dan jika engkau datang untuk belajar maka duduklah bersama dengan murid yang lain”. Maka dengan hati terbuka khalifah pun duduk bersama dengan murid imam Malik yang lain untuk belajar kitab Muwatta’.Jika rasa rendah diri dan menghormati guru tidak ada maka sudah tentu khalifah Harun al-Rasyid tidak mampu menimba ilmu pengetahuan daripada imam Malik.Baginda telah membuang rasa megah dengan kedudukan sebagai khalifah dengan duduk bersama murid imam Malik yang lain untuk sama-sama belajar. Inilah sikap yang mesti ada pada setiap diri pelajar agar mereka benar-benar belajar dengan baik disamping mendapat keberkatan hasil keredhaan guru.

Pelajar juga mesti duduk dalam keadaan beradab apabila belajar dan jangan lakukan sesuatu perkara yang boleh menyentuh hati guru. Kita lihat bagaimana yang berlaku kepada imam Syafie yang merupakan seorang yang rajin belajar dan kuat ingatan. Pernah suatu ketika beliau datang belajar tetapi tidak mempunyai kalam dan kertas untuk mencatat apa isi penting yang disampaikan oleh guru disebabkan beliau tidak mampu membelinya. Beliau hanya mencatat isi penting itu dengan menggunakan lidi yang dibasahkan dengan lidahnya dan kemudiannya ditulis ditapak tangan. Si guru yang melihat telatah imam Syafie lalu memanggilnya setelah tamat kuliahnya. Si guru begitu marah dengan apa yang dilakukan oleh imam Syafie kerana beliau menganggap imam Syafie tidak menumpukan perhatiannya kepada kuliah yang disampaikan sebaliknya hanya bermain-main sahaja dengan lidi. Imam Syafie menafikannya dan menerangkan bahawa dia telah mencatat semua ilmu yang telah diajar oleh guru tersebut di mana beliau turut menerangkan tentang ketidakmampuannya untuk memiliki kalam dan kertas sebagaimana oleh lain kerana tiada wang. Si guru terus mengujinya bagi membuktikan kebenaran dakwaannya itu lalu imam Syafie membaca kesemua isi kitab yang telah dibaca oleh guru tersebut sebentar tadi dan apa yang dicatatkannya daripada isi penting di telapak tangannya itu. Si guru begitu kagum dengan ingatan imam Syafie yang begitu kuat.Inilah ia bagaimana seseorang guru akan terasa kurang dihormati apabila melihat muridnya membuat sesuatu perkara yang tidak menyenangkan hatinya terutama ketika pembelajaran berlangsung. Kita juga dapat lihat bagaimana imam Syafie mampu menjelaskan dengan baik dan sopan kepada gurunya tentang perkara sebenar yang berlaku sehingga guru berpuas hati dan sayang kepada muridnya itu.

Pelajar juga tidak boleh berdendam kepada gurunya sehingga hilangnya perasaan hormat kepada guru yang banyak berjasa dalam mendidiknya. Sebarang kesalahan dan kesilapan guru mestilah dimaafkan kerana mungkin ia sebagai suatu ujian atau pengajaran berguna untuk kita jadikan pedoman apabila berada dalam alam yang lebih luas. Jangan banyak menceritakan keburukan yang ada pada guru kepada orang lain sehingga boleh menjatuhkan maruahnya. Tegurlah guru dengan cara yang sopan jika dia tersilap. Kita pernah mendengar kisah bagaimana ada seorang Putera Mahkota seorang khalifah yang bakal menggantikan tempat ayahnya sebagai khalifah telah dibawa kepada seorang guru yang alim untuk belajar ilmu pengetahuan. Putera Mahkota ini merupakan seorang yang cerdik dan elok budi pekertinya. Pada suatu hari gurunya telah merotannya tanpa sebab tetapi beliau tidak terus bertanya kepada gurunya itu mengenai perkara tersebut. Setelah beliau besar dan dilantik menjadi khalifah lalu dipanggilnya gurunya itu serta disoal tentang sebab beliau dirotan sedangkan beliau tidak membuat apa-apa kesalahan. Lalu dengan tegas gurunya menyatakan bahawa perbuatannya itu merupakan suatu pengajaran agar anak muridnya itu tidak menyakiti hati rakyat jelata walau pun dengan perkara yang kecil setelah menjadi khalifah nanti kerana doa orang yang dizalimi merupakan doa yang maqbul.Sebagaimana khalifah itu boleh mengingati tindakan gurunya itu maka begitulah juga dengan rakyat yang dizalimi akan mengingati kezaliman khalifah walau pun kecil. Mendengar penjelasan gurunya itu lalu khalifah itu mengucapkan terima kasih di atas segala tunjuk ajar yang telah diberi selama ini

diakses dr

http://albakriah.wordpress.com/2011/09/28/hormati-guru-raih-keberkatan-ilmu/

Ahad, 3 Jun 2012

muhasabah




 


 
 

Masa



“Demi masa!
Sesungguhnya manusia di dalam kerugian;
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
Dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran
Serta berpesan-pesan dengan sabar.”

(Al-Quran, 103: 1 – 3)
“An inch of time cannot be bought by an inch of gold.”

(A Chinese Proverb)

Orang yang menghargai masa menganggap “masa itu emas”. Berlalunya masa tanpa sebarang perbuatan atau sumbangan yang berfaedah bererti satu kerugian, kerana masa yang telah berlalu tidak akan kembali. Pada hari ini, dengan adanya teknologi canggih maka perhubungan menjadi semakin rapat dan banyak keputusan perlu dilaksanakan dalam masa yang singkat. Tidak bertindak segera atau melengahkan keputusan akan menyebabkan hilangnya peluang keemasan. Setiap orang diberi masa yang sama banyak. Terpulanglah kepada setiap individu bagaimana dia merancang masanya. “Those who make the worst use of their time most complain of its shortness” – La Bruyere. Oleh itu gunakanlah masa itu dengan bijak untuk setiap perilaku kita sebagai seorang insan.



belajar sesuatu..


kerana aku disapa ujian,aku belajar mengenal kehidupan.bahawasanya hidup bukan sekadar berteman suka dan gembira.tetapi di corak hampa dan air mata.maka,aku mngenal erti sabar dan belajar tersenyum walaupun perit terus menagih rasa hiba.

ketika kehendakku tak bisa digenggam.aku belajar menjadi insan matang.mensyukuri segala yang ditakdirkan.bukan merungut mencipta sesalan.kerna ku tahu semuanya tidak semudah semua yang dibayangku.dunia hanya persinggahan yang sering menagih pengorbanan.

kusedari aku bukanlah sempurna.aku belajar menjadi diriku apa adanya.tidak ku cemburu menatap kelebihannya dia.kerna ku yakini bahawa Allah itu menjadikan kita tidak sama.dan sememangnya kita memiliki kekurangan dan kelebihan yang tidak sama.

kegagalan semalam telah menghancurkan impian.namun kerna kegagalan itulah aku mengikat satu impian.bahwa tidak semua yang kita kehendakkan,akan berjaya digenggam tangan.kegagalan itulah yang menjadi guru pengajaran.

menyedarkan aku walaupun kita merancang,jngan pernah lupa bahawa Allah jua merancang.Dan jangan pernah lupa bahawa pernncangan Allah sememangnya jauh lebih hebat dan punya hikmah di sebalik setiap kejadian.

kegagalan,kesedihan,kesakitan yang melanda sememangnya menebuk lubang yang amat dalam di hatiku.namun kerna semua itu aku belajar sesuatu.bahawa setiap yang datang akan berlalu.tak selamanya kita di atas.dan tak selamanya juga kita di bawah.tiada apa yang kekal di dunia ini cuma Allah yang satu.lalu ku isikan pecahan pecahan yang telah terjadi di hatiku.dengan cintaNya dia yang telah mengukuhkan kembali hatiku yang telah layu..




DUNIA TELAH MENGAJARKAN AKU MEMILIH UNTUK SENTIASA
BERASA KECEWA DAN TERLUKA,NAMUN HANYA DENGAN 
MENGINGATI ALLAH SAHAJALAH AKU KEMBALI MENYEDARI
DAN REDHA.BAHAWA SEGALANYA ADALAH KETENTUANNYA
DAN AKHIRNYA AKAN BELAJAR DARI SEGENAP PERISTIWA.

terima kasih ya Allah.......:")

Jumaat, 1 Jun 2012

Sikap itu satu tabiat...


Setiap orang punyai tabiat masing-masing yang tersendiri. Tabiat-tabiat tersebutlah yang menentukan ciri-ciri keunikan seseorang itu. Baiklah, apa itu tabiat yang sebenarnya
    “Sifat batin seseorang yang mempengaruhi fikiran atau perbuatannya; perangai; budi pekerti atau watak. Tabiat juga boleh didefinisikan sebagai perbuatan yang selalu dilakukan atau tingkah laku.”~Kamus Dewan Online
Baiklah, tabiat. Satu isu yang sangat senang untuk difahami. Isu yang mudah dan kecil. Tapi, tabiat itulah yang menentukan kejayaan atau kegagalan kita dalam kehidupan sekiranya kita sedar. Kenapa? Kerana tabiat itu adalah satu entiti yang sebati dalam diri kita. Kalau tidak sebati, masakan ia dikatakan sebagai tabiat. Tabiat ini boleh kita bahagikan kepada dua jenis. Tabiat yang positif dan tabiat yang negatif.
Tabiat yang positif sudah tentu menjadikan kita sebagai seorang yang positif dan hebat dalam kehidupan. Begitu juga tabiat yang negatif. Mungkin kita memandang tabiat ini adalah satu isu yang tidak lah perlu diberi perhatian sangat. Ada isu lain lagi yang lebih besar seperti isu ekonomi, sosial, politik dan lain-lain lagi. Tetapi jangan lupa, isu sekecil inilah yang akan membentuk isu-isu yang besar seperti yang dinyatakan di atas. Tabiat suka berniaga akan memantapkan ekonomi negara. Tabiat suka berhibur yang keterlaluan akan membentuk masalah sosial. Tabiat suka berbantah-bantah tentang perkara yang kecil atau tidak munasabah dan tidak senang dengan kejayaan orang lain juga salah satu punca yang membentuk masalah politik. Itu sebagai sekadar contoh yang mudah untuk difahami.
Apabila sesuatu sikap itu sudah menjadi tabiat kita, maka ia akan melekat dalam diri kita sehinggalah ia mungkin akan menjadi identiti diri kita sendiri. Misalnya tabiat suka berbohong, tidak jujur, tidak amanah, keras kepala dan merasakan diri sentiasa betul serta lain-lain sikap yang negatif. Begitu juga sebaliknya, kalau seseorang itu mempunyai sikap yang jujur, amanah, sentiasa berfikiran positif dan lain-lain sikap positif yang lain, ia akan menentukan kejayaan seseorang individu tersebut.
Tabiat adalah sesuatu yang sukar untuk diubah malah sukar untuk dibuat-buat. Ia merupakan satu entiti yang perlu disemai sejak dari kecil lagi. Tabiat adalah berkadaran positif dengan sikap. Oleh yang demikian adalah penting bagi ibu bapa untuk menanam sikap-sikap yang positif dalam diri anak-anak sejak awal kelahiran lagi. Kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tabiat anak-anak juga merupakan refleksi diri ibu bapa. Ya, Ini adalah benar kerana tabiat adalah sesuatu yang mudah mempengaruhi andainya ia sentiasa dilakukan di hadapan seseorang.
Untuk mengubah sesuatu tabiat yang negatif memerlukan satu kekuatan dalaman yang sangat besar. Ia memerlukan istiqamah yang tinggi dan mind setting yang positif. Sekiranya kita mahu dan percaya kita boleh ubah tabiat yang tidak kita sukai, insya Allah kita akan mampu melakukannya.  Namun, bukan sedikit mujahadah dan ketetapan pendirian serta pengorbanan yang diperlukan dalam usaha mengubah tabiat ini. Tabiat tidak sekali-kali akan dapat diubah jika kita tidak konsisten dengan azam dan usaha yang kita berikan. Selain itu, doa juga merupakan elemen yang penting dalam usaha mengubah tabiat. Mohonlah kepada Allah agar ditetapkan pendirian dan istiqamah dalam episod perubahan. Mohonlah agar diberi kekuatan untuk melawan nafsu yang berbentuk tabiat itu. Mohonlah agar Dia membantu kita dalam episod perubahan dalam kehidupan tersebut. Kenapa perlu mengubah tabiat? Kerana, siapa kita pada masa akan datang adalah bermula daripada tabiat yang kita miliki pada masa sekarang.
 Kesimpulannya, sama-samalah kita berusaha untuk mengubah tabiat yang negatif kepada tabiat yang positif demi agama kita. Kerana telah kita lihat kehancuran tamadun Islam itu bermula dari perkara sekecil-kecil tabiat.  Dan kejayaan tamadun Islam itu juga bermula dari perkara sekecil-kecil tabiat juga. Tidak salah mempunyai sikap yang negatif, kerana manusia memang dilahirkan dengan ketidaksempurnaan. Tapi jangan biarkan ia melekat dalam diri kita dalam bentuk tabiat sehingga menjadi identiti diri kita. Bahkan, jangan biarkan tabiat itu menjadi penghalang kepada kita untuk menjadi orang yang berjaya dalam kehidupan. Semoga kita sama-sama dibantu dan dipermudahkan-Nya dalam urusan untuk menjadikan sikap yang positif sebagai tabiat kita.

Isnin, 16 April 2012

Motivasi Remaja


Moga entri ini dpt memberi kesedaran kepada pelajar2 ku...moga meraka terus berjaya dimana jua mereka berada..

Hidup remaja penuh pancaroba. Ada juga yang mengatakan kehidupan remaja penuh warna-warni. Bagaimanapun, remaja perlukan bimbingan dan motivasi untuk terus meningkatkan kejayaan dalam pelajaran demi mengejar cita-cita yang diimpikan.

Kebanyakan remaja lelaki berusia antara 13 hingga 17 tahun sering terperangkap dengan angan-angan, cinta dan khayalan. Manakala remaja perempuan pula sering terperangkap dengan masalah cinta dan kematangan. Mereka yang terlibat dengan masalah ini tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran.

Dalam tempoh usia ini juga kebanyakan remaja mudah terjebak dengan pelbagai gejala sosial yang menjerumuskan mereka ke arah keburukan. Bermula dengan berkenal-kenalan melalui perbualan telefon dan facebook, akhirnya mereka mudah terikut dengan pengaruh kawan dan terbabit dengan pergaulan bebas serta gejala sosial.

Justeru, remaja perlu mengekalkan dan mengawal minat mereka ke arah perkara yang bermanfaat dan lebih baik untuk diri dan keluarga. Melalui minat bermanfaat yang dipupuk sejak kecil seseorang itu dapat mengembangkan minat dan kecenderungan hingga dewasa. Minat yang baik seperti membaca, melukis dan bermain alat muzik dikatakan dapat mengisi kekosongan dan menghaluskan jiwa.

Kajian ahli psikologi pendidikan H W Bernard dalam bukunya Psychology of Learning (1965), menyatakan remaja perlu mendapat sentuhan motivasi iaitu proses ke arah membangkitkan, mengekalkan dan mengawal minat.

Oleh itu, melalui motivasi sebagai suatu desakan yang menjadikan manusia mengubah sikap, minat atau kegiatannya ke arah kebaikan. Ia dapat menghindarkan seseorang remaja terjebak dalam perkara tidak baik dan tidak mendatangkan faedah. Sebagai contoh, bidang sukan dan permainan dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah.

Menurut pakar pendidikan Sharifah Alwiah Alsagof, motivasi juga dikatakan sebagai perangsang tindakan terhadap sesuatu tujuan yang dulunya hanya terdapat sedikit atau tiada minat terhadap tujuan tersebut menjadi bertambah minat. Oleh itu, motivasi penting ke arah mencapai suatu matlamat tertentu, termasuk mengubah sikap, minat dan tingkah laku seseorang.

Sesetengah ahli psikologi mengklasifikasikan motivasi kepada motivasi fisiologi (misalnya keperluan asas manusia seperti makanan, minuman, seks dan sebagainya) dan motivasi sosial (misalnya berharap mendapat reputasi dan keuntungan).

Ia terbahagi kepada dua iaitu motivasi asas yang bersifat semula jadi dan motivasi yang dibentuk daripada pembelajaran.

Kajian menunjukkan bahawa keperluan sosial manusia meliputi keperluan mencapai kecemerlangan, pergaulan sosial, autonomi, pemeliharaan dan perlindungan, mempengaruhi dan mengawal orang lain, menunjukkan kebaikan, peraturan dan kekemasan dalam sistem organisasi, hiburan, rekreasi dan keselesaan yang memerlukan motivasi.

Di sebalik kejayaan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) masih ada pelajar yang kurang cemerlang dan merosot keputusannya. Sepatutnya, sekolah sudah dapat mengenal pasti kumpulan ini. Kalangan pelajar dari sekolah yang pencapaiannya kurang cemerlang, kurang baik dan tidak memuaskan seharusnya diberikan motivasi.

Justeru, pelajar yang kurang cemerlang dalam peperiksaan SPM diberi kaunseling dan motivasi. Mereka yang berjaya juga seharusnya memberikan semangat, kata-kata rangsangan, motivasi serta kaedah belajar yang berkesan dan bergaul dengan mereka yang kurang cemerlang.

Ahli keluarga dan saudara-mara pelajar yang kurang cemerlang juga wajar memberikan kata-kata semangat dan rangsangan kepada mereka supaya terus berusaha untuk mencapai kejayaan.

Dorongan dan kata-kata motivasi dapat meningkatkan semangat mereka dalam pelajaran. Kegagalan dalam peperiksaan bukan bermakna berakhirnya suatu kehidupan. Banyak mereka yang gagal dalam peperiksaan berjaya mencipta masa depan dalam bidang lain seperti bidang perniagaan.

Kata-kata motivasi dapat membangkitkan semula semangat dan bangkit daripada kegagalan untuk mencipta kejayaan yang baru. Napoleon Hill pernah berkata, apabila anda mempersoalkan kegagalan, sama dengan anda mengundang kegagalan dan apabila anda mempersoalkan kejayaan bererti anda akan mengundang kejayaan pula.

Menurut pandangan Babara Cartland, janganlah anda menyesali kegagalan yang anda alami dengan menuduh orang lain, tetapi akui dengan sungguh-sungguh kegagalan itu adalah akibat perbuatan anda sendiri.

Sebagai motivasi Robert H Schuller menyatakan, kegagalan tidak bererti kita mensia-siakan hidup, tetapi bererti kita perlu mulai lagi dengan cara lain dan lebih giat serta penuh kesabaran.

Begitulah cara mengatasi kegagalan dalam kehidupan. Kebijaksanaan lebih banyak belajar daripada kegagalan bukan daripada kejayaan. Kegagalan juga mengajar kita untuk mencapai kejayaan seterusnya.

Setiap remaja memerlukan motivasi dalam mencapai cita-cita terutama mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Selain itu, remaja juga mempunyai semangat yang kuat, usaha gigih, tenaga yang mampu untuk bersaing dalam dunia globalisasi bagi menentukan kejayaan seterusnya. Minat yang mendalam dalam sesuatu bidang boleh diasaskan dan dicetuskan melalui motivasi berterusan.

Kebanyakan pelajar yang gagal dalam pelajaran adalah disebabkan hilang fokus dan minat ke arah pelajaran. Beberapa faktor yang menyebabkan hal ini berlaku antaranya kurang motivasi daripada ibu bapa, keluarga, rakan sebaya, guru-guru dan persekitaran yang tidak menggalakkan.

Melalui motivasi iaitu proses dalaman menimbulkan perubahan tingkah laku seseorang. Sekiranya perubahan tingkah laku itu yang ditimbulkan oleh motivasi berpusat pada suatu aktiviti dan aktiviti itu dapat menghasilkan kepuasan, seseorang individu akan meneruskan aktiviti tersebut secara berulang-ulang seperti pembacaan, penulisan dan reka cipta.

Dalam konteks pendidikan, naluri ingin tahu merupakan motivasi. Oleh itu naluri ingin tahu menjadi penggerak penting yang amat bernilai untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Naluri ingin tahu dalam diri kanak-kanak lahir secara semula jadi dan harus dipupuk hingga dewasa.

Motivasi berlandaskan naluri ingin tahu adalah ditimbulkan daripada rangsangan dalam persekitaran. Sikap, harapan dan aspirasi seseorang pula mempengaruhi motivasinya.

Strategi pengajaran dan pembelajaran juga penting untuk mewujudkan motivasi. Kesediaan belajar banyak bergantung pada motivasi yang sesuai dan penting untuk menggerakkan pembelajaran.

Lantaran itu, Islam juga menggalakkan motivasi dalam melaksanakan setiap ibadah. Melalui rangsangan dan semangat yang gigih, ibadah dapat dilakukan dengan baik dan sempurna serta berterusan.

Kesabaran ibu bapa juga penting dalam melaksanakan penerusan motivasi dalam diri seseorang anak berkaitan dengan pelajaran dan ibadah. Oleh itu, motivasi penting dalam kehidupan untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat.

Oleh Dr Aminudin Mansor
* Penulis berkelulusan PhD Persuratan Melayu