CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sabtu, 20 Ogos 2011


"Salah kah aku jatuh cinta..salah kah aku suka kan diri nya..dia begitu hebat di mataku.."


Setiap manusia mempunyai keinginan untuk disayangi, untuk disukai dan untuk dicintai..tak salah sekiranya kita jatuh cinta..tak salah jika kita betul-betul menyukainya..tp kena berpada-pada..takut kita bertepuk sebelah tangan pula..sedangkan dia hanya menganggap kita sebagai kawan baik sahaja..kadang-kala lebih baik kita pendamkan shaja perasaan itu dan menganggap dia sebagai kawan baik..kerana persahabatan akan kekal selama-lamanya..Persahabatan boleh berakhir dengan cinta tapi cinta belum tentu boleh berakhir dengan persahabatan..betul ker??
tapi begitu lah akhirnya..tak mungkin dan tak pasti jika cinta itu berbalas atau tidak..tak salah kita mengenal..mungkin dengan perkenalan boleh membawa kepada percintaan..bak kata pepatah melayu..xkenal maka xcinta..



Rabu, 17 Ogos 2011

Berani bercinta, berani bernikah


“Jika Anda Berani Mencintai, Anda Juga Harus Berani Menikahi..”

Sedar atau tidak, selama ini kita mudah untuk saling mencintai.. Namun kita sendiri tak berani untuk mengambil langkah yang pasti kan?

Berbeza dengan sepasang kasut yang hanya mempunyai aspek dari segi kiri dan kanan, berkahwin merupakan penyatuan dua manusia, lelaki dan wanita. Dari segi anatomi sahaja sudah tidak sebangun, apatah lagi urusan jiwa dan hatinya. Keserasian, minat dan latar belakang keluarga bukanlah jaminan segalanya akan lancar..

Kalau kita berani mencintai, sesungguhnya kita sedang belajar untuk bertindak dewasa. Mengapa? Kerana berkahwin adalah proses pendewasaan. Dan untuk memasukinya, diperlukan calon yang kuat dan berani. Berani menghadapi masalah yang akan terjadi dan mempunyai kekuatan untuk mencari jalan keluarnya.

Kedengaran indah, tetapi kenyataannya? Haruslah ada ‘komunikasi dua arah’, ‘ada kerelaan mendengar kritikan’, ‘ada keikhlasan meminta maaf’, ‘ada ketulusan melupakan kesalahan‘ dan ‘keberanian untuk mengemukakan pendapat’.

Sekali lagi, apakah sudah selesai sampai disini sahaja dalam hal cinta-mencintai kemudian putus di tengah jalan begitu sahaja? Tidak, jangan buat begitu..

Ketika kita memutuskan untuk mencintai, kita harus bersiap-sedia memasukipintu gerbang cinta yang sebenarnya. Ya, gerbang itu bernama PERNIKAHAN. Pernikahan bukanlah upacara memakai gaun pengantin ala ‘cinderella’, apatah lagi rangkaian kenderaan tetamu jemputan yang mensesakkan jalan.

BERKAHWIN adalah satu sikap dan tindakan yang berani untuk memutuskan berlabuhnya cinta, ketika ribuan kapal pesiaran yang gemerlap memanggil-manggil..

BERKAHWIN adalah proses penggabungan dua orang berkepala batu dalam satu ruangan, dimana mereka akan diuji sejauh mana pembuktian cinta mereka yang sebenarnya.

Kerana MENIKAH adalah proses pengenalan diri sendiri mahupun pasangan kita. Tanpa mengenali diri sendiri, bagaimana kita boleh memahami orang lain? Tanpa boleh memerhatikan diri sendiri, bagaimana kita boleh memerhatikan pasangan hidup?

Kerana PERKAHWINAN sangat memerlukan keberanian tinggi, toleransi sedalam samudera, serta jiwa besar untuk ‘menerima’ apa yang ada dan apa adanya.

Jika Anda Berani Mencintai
Anda Harus Berani Menikahi
Khususnya Kepada Kaum Lelaki
Jangan Hanya Pandai Menabur Janji
Di Sana dan Sini Banyak Terluka
Akhirnya Memupuk Rasa Sakit Hati

Siapa yang berani mencintai, maka dia harus bersedia untuk menikahi..

Bukankah dengan menikah, mereka akan disejajarkan Rasulullah SAW dengan mujahid fii sabilillah yang dijanjikan akan mendapat pertolongannya!

Kerana kata Baginda, tiga golongan yang mendapat bantuan Allah adalah mereka yang menikah untuk memelihara kesucian diri, hamba yang hendak membayar kemerdekaan dirinya, dan orang-orang yang berperang di jalan Allah.

~ (HR Ahmad, Turmudzi, an-Nasa’i dan Ibnu Majah)


kredit to..pakarcinta.com

Selasa, 16 Ogos 2011

Secebis rasa

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi

Bila seseorang itu mencintai kita lihat lah pada keilhlasan hatinya..sekiranya si dia tulus mencintaimu maka hargailah kerana bukan mudah untuk memberikan sekeping hati kepada seseorang. Jangan lah dihiraukannya...kerana mungkin hati itu akan cepat terluka, terhiris...tatkala dia masih bersabar..masih setia mungkin tidak ada masalah..tetapi kalau dia betul-betul terluka dan kesannya begitu mendalam maka berhati-hatilah kerana kesan luka yang dalam itu belum pasti ada ubatnya..jangan sehingga dia pergi meninggalkan kita barulah kita sedar akan keikhlasan hatinya..

Isnin, 15 Ogos 2011

Aku iNg!n mEnc!Nta!Mu...




i




Tuhan betapa aku malu
atas semua yang kau beri

Padahal diriku
terlalu sering membuatMu kecewa
Entah mungkin karena ku terlena
sementara Engkau beri
Aku kesempatan
berulangkali agar aku kembali

Dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMu
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMu

Aku ingin mencintaiMu setulusnya
Sebenar-benar aku cinta
Dalam doa dalam ucapan dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMu
selamanya sehina apapun diriku

Kuberharap untuk bertemu denganMu yaa Rabb