CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Ahad, 18 September 2011

Redha




Belajarlah BERSYUKUR walau KEKURANGAN
Belajarlah IKHLAS walau TAK RELA
Belajarlah TAAT walau BERAT
Belajarlah MEMAHAMI walau TAK SEHATI
Belajarlah SETIA walau BANYAK GODAAN
Belajarlah MEMBERI walau TAK SEBERAPA
Belajarlah MENGASIHI walau kau DISAKITI
Belajarlah TENANG walau kau sedang GELISAH
Belajarlah PERCAYA walaupun SUSAH
Percaya bahawa Allah SWT masih sanggup menolongmu

Berterima kasihlah pada orang yang telah…
MELUKAI HATI mu kerana dia telah membuat HATIMU KUAT
MEMBOHONGI mu kerana dia membuat HIDUP mu makin BIJAKSANA
MEMBENCI mu kerana dia yang MENGASAH KETEGARAN mu…
Dan MENYAYANGI mu kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu..

Senyumlah andai dirimu dilukai
Senyumlah andai dirimu dilupai
Senyumlah andai dirimu dikhianati
Senyumlah andai dirimu ditindasi
Senyumlah andai dirimu dibebani
Senyumlah andai dirimu disakiti
kerana senyum itu pengubat segalanya icon smile Ikhlas, Redha & Tersenyumlah


kredit 2 pakarcinta

Jumaat, 16 September 2011

Sahabat

Sahabat antara insan yang paling dekat dihati kita. Apabila berhadapan dengan seorang sahabat, korang mampu berkongsi apa saja. Tidak ada rasa malu yang bersisa, segala rasa dikongsi bersama, tidak kira sedih atau gembira. Menjadi sahabat kepada seorang insan biarlah berlandaskan kejujuran, jangan sesekali wujudnya sebuah penipuan. Menjadi sahabat juga biarlah yang mendatangkan kebahagiaan, bukan hanya membawa beban. Namun biar siapa pun sahabat itu, terimalah dengan penuh berhemah.


Bukan Bebanan - Mungkin korang pernah didatangi seorang sahabat yang terlalu banyak masalah. Mulalah korang berasa rimas dan terbeban untuk mendengar segala luahan rasanya yang ada kala, terlalu remeh dan berulang kali. Namun percayalah itu bukan bebanan untuk korang, tetapi itulah ruang yang paling berharga untuk lebih mengenali sahabat korang.

Doa - Kalau benar dia sahabat yang menyusahkan dan terlalu banyak membawa beban, janganlah korang mengumpat dan mengeji sahabat korang dibelakangnya. Tetapi iklaskan hati berdoa pada Allah moga kita diberikan kekuatan dan kesabaran untuk terus bersahabat dengannya serta berdoa moga dia mampu menjadi sahabat yang akan membahagiakan korang kelak.

Ukhwah - Biarpun sahabat korang sering kali membawa beban. Ingatlah jangan sesekali korang memutuskan persahabatannya dengannya. Ini kerana ukhwah untuk terjadi dengan kehendak Allah.

Soal Kembali - Sekirannya seorang sahabat pernah menyusahkan korang, cuba korang imbas kembali. Tidak pernahah sekali korang menyusahkan dirinya? Fikir-fikirkanlah!

Kita Pun Sama Saja - Tidak perlu untuk kita anggap sahabat itu memberi bebanan. Kita pun apa kurangnya, ada masa terlupa karenah kita juga memberi beban buat sahabat. Secara sedar atau tidak itu lumrah dalam persahabatan.


kredit to daradotcom

Ahad, 11 September 2011

TeGurAn oH tEguRaN


Bukan mudah untuk memberi teguran kepada orang lain.. Setiap manusia tidak suka pada teguran..sbb dalam diri manusia ada satu sifat yg dikenali sebagai EGO. semua manusia ada sifat ini. bezanya mungkin sedikit atau banyak bergantung pada diri ssorg itu untuk mengawalnya..Namun walaupon setinggi mana pun ego kita, kita perlu menerima teguran yang membawa kepada kebaikan pada kita..Benarkah orang yang dapat menegur orang lain sebenanrnya orang yang sedia menerima teguran orang lain..ya benar, kerana sebelum kita menegur orang lain kita perlu perbaiki diri dan persiapkan diri supaya kita layak dan menjadi contoh kepada org tu.tapi orang yang memberi teguran juga kadang kala tidak lari dari pada melalukan kesalahan..oleh yang demikian perlulah saling memberi teguran antara satu sama lain...bercakap memang mudah tetapi untuk melakukannya terlalu sukar..Teguran itu ada yang negatif dan ada yang positif dan setiap manusia menilainya melalui sudut pandangan yang berbeza bagi mentafsir teguran tersebut.jadi selepas menerima teguran ambil lah cermin untuk melihat kesalahan yang kita lakukan...