CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Ahad, 3 Jun 2012

muhasabah




 


 
 

Masa



“Demi masa!
Sesungguhnya manusia di dalam kerugian;
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
Dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran
Serta berpesan-pesan dengan sabar.”

(Al-Quran, 103: 1 – 3)
“An inch of time cannot be bought by an inch of gold.”

(A Chinese Proverb)

Orang yang menghargai masa menganggap “masa itu emas”. Berlalunya masa tanpa sebarang perbuatan atau sumbangan yang berfaedah bererti satu kerugian, kerana masa yang telah berlalu tidak akan kembali. Pada hari ini, dengan adanya teknologi canggih maka perhubungan menjadi semakin rapat dan banyak keputusan perlu dilaksanakan dalam masa yang singkat. Tidak bertindak segera atau melengahkan keputusan akan menyebabkan hilangnya peluang keemasan. Setiap orang diberi masa yang sama banyak. Terpulanglah kepada setiap individu bagaimana dia merancang masanya. “Those who make the worst use of their time most complain of its shortness” – La Bruyere. Oleh itu gunakanlah masa itu dengan bijak untuk setiap perilaku kita sebagai seorang insan.



belajar sesuatu..


kerana aku disapa ujian,aku belajar mengenal kehidupan.bahawasanya hidup bukan sekadar berteman suka dan gembira.tetapi di corak hampa dan air mata.maka,aku mngenal erti sabar dan belajar tersenyum walaupun perit terus menagih rasa hiba.

ketika kehendakku tak bisa digenggam.aku belajar menjadi insan matang.mensyukuri segala yang ditakdirkan.bukan merungut mencipta sesalan.kerna ku tahu semuanya tidak semudah semua yang dibayangku.dunia hanya persinggahan yang sering menagih pengorbanan.

kusedari aku bukanlah sempurna.aku belajar menjadi diriku apa adanya.tidak ku cemburu menatap kelebihannya dia.kerna ku yakini bahawa Allah itu menjadikan kita tidak sama.dan sememangnya kita memiliki kekurangan dan kelebihan yang tidak sama.

kegagalan semalam telah menghancurkan impian.namun kerna kegagalan itulah aku mengikat satu impian.bahwa tidak semua yang kita kehendakkan,akan berjaya digenggam tangan.kegagalan itulah yang menjadi guru pengajaran.

menyedarkan aku walaupun kita merancang,jngan pernah lupa bahawa Allah jua merancang.Dan jangan pernah lupa bahawa pernncangan Allah sememangnya jauh lebih hebat dan punya hikmah di sebalik setiap kejadian.

kegagalan,kesedihan,kesakitan yang melanda sememangnya menebuk lubang yang amat dalam di hatiku.namun kerna semua itu aku belajar sesuatu.bahawa setiap yang datang akan berlalu.tak selamanya kita di atas.dan tak selamanya juga kita di bawah.tiada apa yang kekal di dunia ini cuma Allah yang satu.lalu ku isikan pecahan pecahan yang telah terjadi di hatiku.dengan cintaNya dia yang telah mengukuhkan kembali hatiku yang telah layu..




DUNIA TELAH MENGAJARKAN AKU MEMILIH UNTUK SENTIASA
BERASA KECEWA DAN TERLUKA,NAMUN HANYA DENGAN 
MENGINGATI ALLAH SAHAJALAH AKU KEMBALI MENYEDARI
DAN REDHA.BAHAWA SEGALANYA ADALAH KETENTUANNYA
DAN AKHIRNYA AKAN BELAJAR DARI SEGENAP PERISTIWA.

terima kasih ya Allah.......:")

Jumaat, 1 Jun 2012

Sikap itu satu tabiat...


Setiap orang punyai tabiat masing-masing yang tersendiri. Tabiat-tabiat tersebutlah yang menentukan ciri-ciri keunikan seseorang itu. Baiklah, apa itu tabiat yang sebenarnya
    “Sifat batin seseorang yang mempengaruhi fikiran atau perbuatannya; perangai; budi pekerti atau watak. Tabiat juga boleh didefinisikan sebagai perbuatan yang selalu dilakukan atau tingkah laku.”~Kamus Dewan Online
Baiklah, tabiat. Satu isu yang sangat senang untuk difahami. Isu yang mudah dan kecil. Tapi, tabiat itulah yang menentukan kejayaan atau kegagalan kita dalam kehidupan sekiranya kita sedar. Kenapa? Kerana tabiat itu adalah satu entiti yang sebati dalam diri kita. Kalau tidak sebati, masakan ia dikatakan sebagai tabiat. Tabiat ini boleh kita bahagikan kepada dua jenis. Tabiat yang positif dan tabiat yang negatif.
Tabiat yang positif sudah tentu menjadikan kita sebagai seorang yang positif dan hebat dalam kehidupan. Begitu juga tabiat yang negatif. Mungkin kita memandang tabiat ini adalah satu isu yang tidak lah perlu diberi perhatian sangat. Ada isu lain lagi yang lebih besar seperti isu ekonomi, sosial, politik dan lain-lain lagi. Tetapi jangan lupa, isu sekecil inilah yang akan membentuk isu-isu yang besar seperti yang dinyatakan di atas. Tabiat suka berniaga akan memantapkan ekonomi negara. Tabiat suka berhibur yang keterlaluan akan membentuk masalah sosial. Tabiat suka berbantah-bantah tentang perkara yang kecil atau tidak munasabah dan tidak senang dengan kejayaan orang lain juga salah satu punca yang membentuk masalah politik. Itu sebagai sekadar contoh yang mudah untuk difahami.
Apabila sesuatu sikap itu sudah menjadi tabiat kita, maka ia akan melekat dalam diri kita sehinggalah ia mungkin akan menjadi identiti diri kita sendiri. Misalnya tabiat suka berbohong, tidak jujur, tidak amanah, keras kepala dan merasakan diri sentiasa betul serta lain-lain sikap yang negatif. Begitu juga sebaliknya, kalau seseorang itu mempunyai sikap yang jujur, amanah, sentiasa berfikiran positif dan lain-lain sikap positif yang lain, ia akan menentukan kejayaan seseorang individu tersebut.
Tabiat adalah sesuatu yang sukar untuk diubah malah sukar untuk dibuat-buat. Ia merupakan satu entiti yang perlu disemai sejak dari kecil lagi. Tabiat adalah berkadaran positif dengan sikap. Oleh yang demikian adalah penting bagi ibu bapa untuk menanam sikap-sikap yang positif dalam diri anak-anak sejak awal kelahiran lagi. Kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tabiat anak-anak juga merupakan refleksi diri ibu bapa. Ya, Ini adalah benar kerana tabiat adalah sesuatu yang mudah mempengaruhi andainya ia sentiasa dilakukan di hadapan seseorang.
Untuk mengubah sesuatu tabiat yang negatif memerlukan satu kekuatan dalaman yang sangat besar. Ia memerlukan istiqamah yang tinggi dan mind setting yang positif. Sekiranya kita mahu dan percaya kita boleh ubah tabiat yang tidak kita sukai, insya Allah kita akan mampu melakukannya.  Namun, bukan sedikit mujahadah dan ketetapan pendirian serta pengorbanan yang diperlukan dalam usaha mengubah tabiat ini. Tabiat tidak sekali-kali akan dapat diubah jika kita tidak konsisten dengan azam dan usaha yang kita berikan. Selain itu, doa juga merupakan elemen yang penting dalam usaha mengubah tabiat. Mohonlah kepada Allah agar ditetapkan pendirian dan istiqamah dalam episod perubahan. Mohonlah agar diberi kekuatan untuk melawan nafsu yang berbentuk tabiat itu. Mohonlah agar Dia membantu kita dalam episod perubahan dalam kehidupan tersebut. Kenapa perlu mengubah tabiat? Kerana, siapa kita pada masa akan datang adalah bermula daripada tabiat yang kita miliki pada masa sekarang.
 Kesimpulannya, sama-samalah kita berusaha untuk mengubah tabiat yang negatif kepada tabiat yang positif demi agama kita. Kerana telah kita lihat kehancuran tamadun Islam itu bermula dari perkara sekecil-kecil tabiat.  Dan kejayaan tamadun Islam itu juga bermula dari perkara sekecil-kecil tabiat juga. Tidak salah mempunyai sikap yang negatif, kerana manusia memang dilahirkan dengan ketidaksempurnaan. Tapi jangan biarkan ia melekat dalam diri kita dalam bentuk tabiat sehingga menjadi identiti diri kita. Bahkan, jangan biarkan tabiat itu menjadi penghalang kepada kita untuk menjadi orang yang berjaya dalam kehidupan. Semoga kita sama-sama dibantu dan dipermudahkan-Nya dalam urusan untuk menjadikan sikap yang positif sebagai tabiat kita.