"The cure for boredom is curiosity. There is no cure for curiosity."
aku sendiri pernah melalui perasaan ingin tahu yang berlebih-lebihan kesannya masih aku rasa sehingga hari ini...sgt menyakitkan...sgt pahit untuk ditelan..namun sebagai manusia aku hnya boleh bersabar dan berdoa moga hati aku ini kuat untuk menerimanya..ini realiti bukan lagi fantasi..perkara ini melibatkan banyak hati..aku msh igt ketika itu..aku terlalu ikutkan perasaan..aku terus selidik..aku terus cr sehingga aku puas dan akhirnya aku sakit sendiri..mungkin tindakan aku ini tidak wajar..bukan aku tak percaya cuma aku igin dptkan kebenaran..supaya diri aku tak terus tertanya2..ada kala aku terfikir..tak perlu lah aku teruskan pencarian itu kerana aku tahu jawapannya bukan seperti yang aku harapkan kerana ia sgt menyakitkan..mungkin belum tiba masanya untuk aku luahkan..namun aku msh menanti kebenaran ini terbongkar sendiri..
Tidak semua orang dapat menerima kebenaran. kerana kebenaran itu kadangkala menyakitkan. Jika terasa diri anda tidak berada dalam keadaan bersedia untuk menerima segala kemungkinan, berhentilah daripada menyiasat dan mengetahui tentang kebenaran. Kebenaran ada yang indah, dan ada juga yang menyakitkan malah terkadang kebenaran itu seperti satu tikaman tajam di dalam sanubari. Bagi yang kuat imannya, maka kekallah dia dalam keadaan yang waras. jika tidak, macam orang gila jadinya nanti. Ya, kadangkala tidak tahu kebenaran adalah lebih baik dari mengetahuinya. sebab perasaan yang selama ini sayang bertukar benci. Diri yang selama ini baik menjadi jahat. Semuanya bakal bertukar sekelip mata. Jika mengubat kelukaan hati itu seperti menampal handplast, mudah la kerja kita. Jangan memaksa diri untuk mengetahui kebenaran. Biarlah kebenaran itu terbukti dengan sendirinya. Biarlah ia hadir saat anda bersedia menerimanya.
Ya Allah. kuatkanlah hati ku untuk trus mengharungi hari2 mu..kuatkan diriku utk menerima kenyataan ini nnt..aminnnnnn


0 comments:
Catat Ulasan