CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Rabu, 29 Jun 2011

Kebahagiaan

Kebahagiaan bukanlah sesuatu yg mudah kita kecapi, apatah lg
sekiranya kita mengimpikan kebahagiaan yg sejati sepanjang hidup.
Ianya amat sukar, namun bukan bererti tiada langsung peluang untuk
kita capai…

Apbila kita bertemu dgn insan yg benar2 kita sayangi dan
kita mengharapkan seribu kebahagiaan yg mungkin kita perolehi
daripadanya, mungkin suatu hari nanti dia akan berpaling dan
mengecewakan hati kita. Tp, apabila kita dianugerahkan dengan
kehadiran seorang insan yang benar2 menyayangi dan luhur
kasihnya pada kita…apakah mungkin kita juga akan kasih dan sayang
akan dirinya? Bagaimanakah pula sekiranya kita pula yg akan
mengecewakannya?

Mahu tidak mahu, kita terpaksa akur akan lumrah alam
percintaan. Pilihan terletak ditangan kita sendiri. Tanyalah pada
hati, jangan pula ditanya selera atau nafsu, kerana
keduanya hanya memberi janji palsu

Tentukanlah pilihan yang kita pasti bisa jalaninya…Bak kata
pepatah, “Kalau tidak sanggup dilanda ombak, jangan berumah
di tepi pantai”…

Keinginan dan apa jua permintaan kita pasti dituruti apabila
kita memilih untuk disayangi oleh seseorang. Setiap masa dan ketika,
hanya akan ada bayangan kita di dalam fikiranya ..

mahukan kamu layanan sedemikian? Kalau sudah terdetik kata dihati, “bagus
juga disayangi macam ni…..” , teruskanlah dengan pilihan yang ini…

andai kata hati berkata “Boleh ke aku hidup dengan dia?” ,
Maka hentikanlah daripada terus menerima pilihan untuk disayangi

khuatir nanti, suatu ketika kita akan mengecewakan hatinya pula..

Andai terdetik dihati untuk mencintai seseorang yang belum
pasti menyayangi kamu sepenuhnya dan belum tentu lagi kamu akan
tersenarai dalam “list” pilihan hidupnya, bersiap sedialah teman-
teman!!! Hahaha…

Akan ada beribu rintangan di hadapan kamu nanti yang sedia menanti .
Namun, andainya kamu jenis yang berani mati demi mempertahankan
cinta, teruskanlah dengan pilihan kamu. Teruskanlah dengan
pengorbananmu itu dan rebutlah cinta yang kamu impikan…..InsyaAllah ,
ada cahaya yang menanti dihujung perjalanan kamu kelak

Tiada siapa yang berhak menetapkan pilihan hati kamu, semuanya
berbalik kepada diri kamu sendiri…namun, sedikit tips daripada
saya dan inilah juga yang saya pegang setiap kali terjerat dengan
cinta…

Ikhlaslah bila menerima cinta seseorang yang benar-benar cintakan
kita, dan janganlah pula berlebihan mencintai seseorang yang kita
belum pasti cintanya untuk kita, dan jangan melebihi cintakan yang
lain daripada cinta kita pada Allah S.W.T dan diri kita sendiri “….

December 30th, 2008 at 3:17 am

0 comments: