CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Rabu, 29 Jun 2011

Satu Perubahan

Selamat tinggal tahun 2007, terlalu banyak yang aku lalui sepanjang tahun ini…segala pengalaman boleh menjadikan aku lebih matang untuk menjalani kehidupan ini…alhamdullilah.Terlalu banyak perkara2 menarik yang berlaku sepanjang tahun ini walaupun kadang-kala ada juga pengalaman pahit tapi itulah realiti kehidupan seorang manusia.."Sesungguhnya jika Allah mencintai seorg hamba maka Dia tenggelamkan
hamba itu dalam cubaan. Barangsiapa yang tidak pernah mengalami musibah
maka ia jauh daripada kasih sayangNya…"

Alhamdullilah tahun 2007 akhirnya aku telah grad sebagai seorang pelajar di Universiti Malaya..walaupun terlalu banyak masalah yang aku hadapi adakalanya menyebabkan aku sendiri merasakan bahawa aku tidak dapat menghabiskan pengajian ini bersama teman2 seperjuangan namun atas berkat kesabaran, dorongan mama dan papa serta adik2 dan kawan-kawan yang membantu aku kuatkan semangat.InsyaAllah aku akan menyambung pengajianku..aku masih mencari bahan dan maklumat untuk membuat proposal..moga2 cita2ku akan tercapai bukan untuk diriku sendiri tapi untuk keluarga yang tercinta.."Solehah women smile in times of trouble, gather strength from doa, and grow braver by istighfar and solat"

Buat teman-teman thanks kerana sudi berkongsi pengalaman, susah dan senang bersama..buat teman-teman zaman persekolahan..aku rindukan kamu semua..buat isma thanks kerana sepanjang aku dkat kl..hg banyak tolong aku..wlaupun kadang kala hg sibuk mcm mana pun hg tetap tolong aku…buat su..walaupun hg dkat png..hg pun byk tolong aku…tahniah kerana hg dh dapat sambung pjj..aku harap hg akan terus berusaha untuk terus berjaya…aku sygkan persahabatan kita..buat teman-teman lain nisa, ez, ana, laila dan teman-teman lain moga kita akan terus berjaya..buat teman sekampus di Universiti Malaya..kita sekarang dengan arah tujuan masing2..perkenalan selama 3 tahun aku sangat hargai…kak iza, ina, ema, sarah, su, mun, ain, ajoy, farizal, jamal, pejal…thanks krn faham diri ini..buat azrul n mizi tahniah moga cita2 korang untuk menjadi cikgu yang berdedikasi tercapai..buat teman2 yang berasa hati dengan aku maaf aku pohon..mungkin ada kala muluku agak lezer tp aku tak pernah menyimpan perasaan marah atau benci pada korang.."Jadilah kawan yang hadirnya dinanti dan perginya dirindui kerana mencari kawan yang setia dan jujur ibarat mencari SEBUTIR PERMATA". Kadang2 kita rasa kta ada ramai sgt kawan di sekeliling, dan adakalanya kita akan rasa yg kita x ada kwn lansung..

Buat insan2 lain yang pernah aku sakitkan hati maaf aku pohon..kalo boleh tahun 2008 ini akan menjanjikan sesuatu yang lebih bahagia dan mengukuhkan semula ukhwah kita bersama…

Ya Allah,di mana lagikah dapat ku temui cinta sejati.. kecuali pada cintaMu.. ke mana lagikah hati ini harus berlabuh.. kecuali pada kasihMu.. Jadikanlah hati yg lemah ini. Ya Allah tertambat kukuh hanya padaMU. Aku mohon redha atas segenap keputusanMu. Ampunilah diri ini yang tidak berharga.Ya Allah. Penuhilah kehinaan ini dengan keindahan maghfirahMu…

December 30th, 2007 at 8:11 pm

0 comments: