CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Rabu, 29 Jun 2011

Renungan

Dlm perjalanan idup ini seringkali kita mrasa kecewa…kecewa sekali !! Sesuatu yg ilang dr genggaman, keinginan yg x tercapai, kenyataan yg x sesuai dgn harapan. Akhirnya angan pun pudar dan hilang dan sume itu telah menghadirkan kelukaan yg begitu menghiris di dlm jiwa. Dan sgt beruntung andai saat2 tergongcangnya jiwa masih ada setitik cahaya dlm kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis zikir yg membawa kita kpd ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara, tempat kita mengejar pelbagai keinginan Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan..Tetapi x semestinya setiap keinginan kita dipenuhi, tidak setiap yang kita mahu akan tercapai.Dan tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita perlu ditangisi. Banyak org yg x sedar bahawa hidup ini x punya satu hukum:Harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yg lain.

Maka..jgn kita hanyut dlm nestapa jiwa yg berpanjangan terhadap apa2 yg luput dari kita..setelah ini harus benar2 difikirkan bahawa apa2 yg kita rasa perlu di dunia ini harus benar2 perlu bila ada relevannya dgn harapan kita akan bahagia diakhirat Kerana seorg mukmin tidak hidup utk dunia tetapi menjadikan dunia utk mencari hidup yg sesungguhnya:hidup diakhirat kelak.maka redha lah..jgn ditangisi apa yg bukan milikmu.

0 comments: